30 Jan 2026

BERITA NUBE

 

MENDENGAR DAN MEMAHAMI ISU AHLI – NUBE PKP ZON 3

26 Januari 2026

Seberang Jaya, Pulau Pinang

Cawangan: Bank Muamalat Seberang Jaya

AJK Cawangan NUBE PKP: Sdri Marjaan

AJK Kerja NUBE PKP: Sdr Mohd Ayup

Wakil NUBE PKP Zon 3 telah mengadakan satu lawatan kerja ke cawangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kesatuan untuk mendekati ahli di tempat kerja dan mengeratkan hubungan antara pimpinan dan ahli.

Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi ahli-ahli untuk menyuarakan kebimbangan, masalah serta cadangan secara langsung kepada wakil Kesatuan, khususnya berkaitan realiti dan cabaran yang dihadapi di tempat kerja.

Mendengar dan memahami isu ahli bermula dari akar umbi merupakan komitmen berterusan pimpinan NUBE dalam memperjuangkan kebajikan, hak dan maruah ahli Kesatuan.

Terima kasih kepada ahli-ahli di Bank Muamalat Seberang Jaya yang terus bersatu padu dan memberikan sokongan terhadap setiap usaha dan perjuangan NUBE.

Solidariti kita adalah kekuatan kita.

#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]