NUBE TOLAK INTIMIDASI: AHLI BANK ISLAM SG PETANI TETAP TEGUH BERSAMA!
SG PETANI, KEDAH | 22 JANUARI 2026 – Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sdri Siti Haryati Kamal telah turun padang hari ini bagi menyantuni ahli-ahli di Bank Islam Sungai Petani, Kedah.
Sesi perjumpaan ini memfokuskan kepada dua perkara utama:
Lawan Intimidasi: Memberi pencerahan isu tekanan dan intimidasi oleh pihak bank terhadap pekerja. NUBE tidak akan bertolak ansur! Hak dan kebajikan ahli adalah keutamaan yang tidak boleh diganggu gugat.
Perkembangan CA di Mahkamah: Penjelasan mengenai status terkini Perjanjian Kolektif (CA) yang kini sedang dalam proses tuntutan di mahkamah.
MEREKA TETAP TEKAD! Ahli-ahli di Sungai Petani memberikan komitmen padu. Mereka terus bersedia dan berikrar untuk berdiri teguh bersama NUBE demi menuntut keadilan serta mempertahankan maruah pekerja.
Terus bersatu, terus berani!
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #TolakIntimidasi #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now