AHLI BERPERANAN SEBAGAI TULANG BELAKANG KESATUAN – NUBE PKP ZON 3
27 Januari 2026
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Cawangan Bank: RHB Bank Bayan Point
Bendahari Kehormat NUBE PKP: Sdri Harinder
AJK Cawangan NUBE PKP: Sdr Arujunan & Sdr Alvin
Ahli-ahli NUBE PKP di RHB Bank Cawangan Bayan Point telah menerima lawatan kerja daripada pegawai Kesatuan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati ahli di tempat kerja dan memperkukuh hubungan kesatuan.
Melalui lawatan ini, wakil NUBE PKP telah memberikan sokongan serta menggalakkan ahli-ahli agar terlibat secara aktif dalam setiap program dan aktiviti anjuran NUBE, kerana kekuatan Kesatuan bermula daripada penyertaan ahlinya.
Ahli adalah tulang belakang Kesatuan.
Tanpa penglibatan aktif dan kesedaran kolektif ahli, perjuangan untuk melindungi dan mempertahankan hak pekerja tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Ahli-ahli turut dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih melalui platform media sosial rasmi NUBE Malaysia, atau dengan menghubungi Ketua Zon masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan.
Syabas dan terima kasih kepada ahli-ahli NUBE di RHB Bank Cawangan Bayan Point atas sokongan berterusan serta sambutan yang sentiasa positif terhadap kehadiran pegawai Kesatuan.
Solidariti anda adalah kekuatan kita.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now