03 Feb 2026

BERITA NUBE

 

Artikel 47 (Anak Pekerja) Biasiswa Penuh untuk Anak Pekerja

Perjuangan seorang pekerja tidak seharusnya menghadkan masa depan anak mereka.

 

Di bawah Perjanjian Kolektif ke-19, tiada langsung peruntukan untuk bantuan pendidikan atau biasiswa bagi anak pekerja. Kos pendidikan yang semakin meningkat memaksa ramai pekerja bergantung kepada hutang atau melepaskan peluang pendidikan anak.

 

CA20 memperkenalkan perlindungan baharu yang sangat bermakna.

 

Artikel 47 Klausa 3 ialah klausa baharu sepenuhnya dalam cadangan CA20. Melalui klausa ini, CA20 mencadangkan:

  • Satu biasiswa penuh untuk seorang anak pekerja
  • Meliputi peringkat pra-universiti hingga ijazah
  • Untuk pengajian tempatan atau antarabangsa

 

Biasiswa merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup.

 

Ini bukan soal ihsan. Ini pelaburan. Apabila pekerja diberi peluang menyekolahkan anak tanpa dibebani hutang, kesannya melangkaui satu generasi. Perjanjian Kolektif moden mesti membuka peluang, bukan menutup masa depan.

 

Inilah pendirian CA20.

 

#CA20 #CA20GrowingStronger

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]