PAMER SOLIDARITI DALAM ISU KESATUAN
Bendahari Kehormat NUBE PKP: Sdri Harinder
AJK Cawangan NUBE PKP: Sdr Arujunan & Sdr Alvin
Cawangan Bank: Hong Leong Bank Bayan Point, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Ahli-ahli NUBE di cawangan ini telah dikunjungi oleh Pegawai NUBE PKP Zon 2 sebagai sebahagian daripada usaha Kesatuan untuk terus mendekati ahli dan memperkukuh solidariti di tempat kerja.
Dalam lawatan ini, wakil Kesatuan dan ahli-ahli telah berkongsi maklumat serta pandangan berkaitan program Kesatuan, isu-isu di tempat kerja, serta perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA).
Ahli-ahli turut mempamerkan sokongan dan solidariti yang padu terhadap perjuangan NUBE, khususnya dalam isu Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA).
Walaupun perjuangan ini menuntut kesabaran dan masa, ahli-ahli kekal teguh, tidak berputus asa, serta terus memberikan sokongan agar NUBE mencapai kemenangan demi hak dan maruah pekerja.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now