05 Feb 2026

BERITA NUBE

 

NUBE PERAK BERSAMA AHLI CIMB IPOH GARDEN

Pegawai Cawangan NUBE Perak telah mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli CIMB Ipoh Garden yang diketuai oleh Bro Fakharuddin, Bro Raj dan Bro Afzul dalam satu sesi perbincangan yang membina dan bermakna.

Pertemuan ini memberi fokus kepada pemilihan IRC baharu bagi memperkukuh perwakilan ahli di tempat kerja serta perbincangan isu-isu utama seperti kekurangan kakitangan kerani yang menyebabkan beban kerja berlebihan, pegawai bank yang melakukan tugasan kakitangan pengkeranian, serta pengurusan waktu solat Jumaat dan waktu rehat makan tengah hari yang tidak teratur.

NUBE Perak akan terus komited mempertahankan hak ahli, memperjuangkan keadilan, dan memastikan kebajikan pekerja sentiasa dilindungi.

#NUBE #NUBEPerak #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]