AHLI PERLU BERPERANAN AKTIF SERTAI PROGRAM KESATUAN – NUBE PKP ZON 1
Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Harinder, bersama AJK Cawangan NUBE PKP, Sdr Arujunan dan Sdr Alvin, telah mengadakan satu lawatan kerja ke Affin Bank Wisma Pelaut, Georgetown, Pulau Pinang.
Lawatan oleh Pegawai NUBE PKP Zon 1 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kesatuan untuk memberi sokongan secara langsung kepada ahli, di samping menggalakkan penglibatan aktif ahli dalam setiap program dan aktiviti anjuran NUBE, kerana kekuatan Kesatuan bermula daripada penyertaan ahlinya.
Penglibatan ahli adalah nadi kekuatan Kesatuan.
NUBE sentiasa komited menganjurkan program yang bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli, malah turut melibatkan keluarga ahli, sekali gus merapatkan ukhuwah dan memperkukuh solidariti sesama warga Kesatuan.
Ahli-ahli menghargai komitmen NUBE dalam menyediakan program yang mempererat hubungan dan semangat kebersamaan. Diharapkan ahli-ahli di Affin Bank Wisma Pelaut akan terus menunjukkan keterlibatan yang bertenaga dalam program-program Kesatuan yang akan datang.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now