MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026
RHB Bank Berhad Cawangan Kota Permai
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2026 bagi RHB Bank Berhad Cawangan Kota Permai telah berjaya diadakan dengan kehadiran ahli yang memberangsangkan, dalam suasana mesyuarat yang lancar dan teratur.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil NUBE PKP, iaitu Sdr Zaini Halidan, Penolong Setiausaha Cawangan NUBE PKP, bersama Sdr Karthigasan, Ketua Zon 4. Kehadiran pimpinan Kesatuan ini telah memberi nilai tambah melalui taklimat serta perkongsian maklumat penting kepada ahli-ahli.
Dalam sesi taklimat, Sdr Zaini telah menyampaikan kemas kini berkaitan isu perhubungan perusahaan, hak dan perlindungan pekerja, serta perkembangan terkini melibatkan Kesatuan dan industri perbankan. Ahli-ahli juga diberikan penerangan mengenai peranan Kesatuan serta kepentingan penglibatan aktif ahli dalam perjuangan NUBE.
Mesyuarat ini turut menyaksikan pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) bagi tempoh 2026–2027, yang telah dilaksanakan secara demokratik dan dipersetujui oleh ahli-ahli selaras dengan perlembagaan serta amalan Kesatuan.
NUBE PKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen penuh sepanjang mesyuarat. Diharapkan barisan IRC baharu dapat menjalankan amanah dengan berkesan serta terus memperkukuh kerjasama antara ahli dan Kesatuan demi kebajikan bersama.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now