MESYUARAT AM NUBE DI MAYBANK KUALA KLAWANG
28 Januari 2026
NUBE SMJ, diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Bro Amirul, bersama Sis Zaiharini (BC), Sis Hajar (WC) dan Bro Asyraf (WC), telah mengadakan lawatan kerja ke Maybank Kuala Klawang.
Dalam perjumpaan ini, Bro Amirul telah menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Maybank, selain mengemas kini ahli mengenai perkembangan terkini NUBE Malaysia, agar ahli sentiasa peka dan bersedia.
Ahli-ahli NUBE turut diingatkan supaya sentiasa mengikuti maklumat rasmi yang dikongsi melalui platform media sosial NUBE Malaysia, serta mendapatkan nasihat melalui saluran Kesatuan yang betul bagi memastikan setiap isu dapat ditangani secara berkesan dan teratur.
Jawatankuasa yang hadir juga menyeru ahli-ahli agar mengambil cuti dan hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan moral serta menyaksikan sendiri perjalanan kes Perjanjian Kolektif (CA) yang akan dibicarakan.
Dalam pertemuan ini, ahli-ahli turut menyatakan sokongan penuh dan menegaskan komitmen untuk terus berdiri teguh bersama perjuangan NUBE.
Solidariti kita adalah kekuatan kita.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now