SOLIDARITI TANPA KOMPROMI DI BANK ISLAM GUAR CHEMPEDAK!
4 Februari 2026 – Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Saudari Siti Haryati Kamal, telah turun padang mengadakan lawatan kerja ke Bank Islam Guar Chempedak.
Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi satu manifestasi keberanian untuk memastikan suara pekerja terus bergema di setiap sudut cawangan!
Dalam sesi tersebut, penekanan utama diberikan kepada Hak Pekerja yang wajib dihormati. Kita tidak akan membiarkan mana-mana pihak memijak maruah kita.
NUBE PKP berdiri teguh sebagai perisai utama dalam melawan sebarang bentuk penindasan dan layanan tidak adil oleh pihak bank yang cuba mengeksploitasi keringat ahli.
Solidariti adalah senjata keramat kita!
Seruan agar semua ahli merapatkan barisan dan kekal bersatu padu. Hanya dengan kesatuan yang jitu, kita mampu menumbangkan keangkuhan majikan dan menuntut keadilan yang selayaknya.
Ingat, hak kita tidak datang dengan merayu, tetapi dengan perjuangan yang tidak luntur!
Hidup Pekerja! Hidup NUBE!
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #TolakPenindasan #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now