08 Feb 2026

BERITA NUBE

 

LAPORAN SEMINAR GRASSROOT NUBE

5 – 7 Februari 2026

NU Hotel, Brickfields, Kuala Lumpur

Seminar Grassroot NUBE telah berlangsung selama tiga (3) hari, menghimpunkan 30 peserta daripada lima (5) cawangan NUBE dari utara hingga ke selatan tanah air. Penyertaan ini mencerminkan kekuatan perpaduan dan solidariti ahli di peringkat akar umbi.

Seminar ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar yang diketuai oleh Sis A. Karuna, dengan fokus memberi pendedahan mendalam berkaitan tanggungjawab dan hak ahli NUBE.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuk Perlembagaan NUBE, sejarah ringkas NUBE, serta pemahaman artikel penting dalam Perjanjian Kolektif (CA).

Sesi terakhir pada 7 Februari 2026 memberi tumpuan kepada pengendalian aduan rasmi (grievance). Para peserta turut berpeluang menghadiri dialog bersama Setiausaha Agung NUBE, Sdr J. Solomon, sebagai pengukuhan kefahaman perjuangan Kesatuan.

Diharapkan ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta serta diteruskan dalam Seminar Intermediate NUBE yang dijangka akan diadakan selepas Hari Raya.

Grassroot kuat, Kesatuan teguh.

#NUBE #SolidaritiAkarUmbi #KesatuanKuat #PekerjaBersatu #HakPekerja #PerjuanganKesatuan #UnionStrong #GrassrootsPower #WorkersUnity #StandingTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]