10 Feb 2026

BERITA NUBE

 

Solidariti NUBE PKP di Public Bank Gurun: Bersama Lawan Intimidasi Majikan!

Lawatan kerja ke Public Bank Gurun pada 4 Februari 2026 menjadi medan penting untuk menyuntik semangat juang dan keteguhan dalam kalangan ahli kesatuan.

Kehadiran Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati Kamal, adalah untuk berdiri teguh bersama ahli yang sedang berdepan pelbagai taktik intimidasi oleh pihak majikan dan MCBA.

Dalam sesi ini, penekanan diberikan kepada kepentingan perpaduan ahli dalam menghadapi tekanan di tempat kerja. Segala bentuk buli korporat dan usaha menakut-nakutkan pekerja adalah tindakan tidak profesional serta jelas mencabul hak kesatuan.

Ahli diseru untuk terus berani, berprinsip dan tidak tunduk kepada sebarang ancaman yang bertujuan memecahbelahkan keutuhan NUBE.

Lawatan ini membuktikan bahawa tiada ahli yang berjuang bersendirian. NUBE PKP kekal komited untuk memastikan maruah dan kebajikan ahli sentiasa dipertahankan daripada sebarang bentuk penindasan majikan.

#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #LawanIntimidasi #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandTogether #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]