11 Feb 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI NUBE: AGM CIMB KAMPUNG BARU SG PETANI, KEDAH 2026

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NUBE di CIMB Kampung Baru Sungai Petani pada 6 Februari 2026 telah menzahirkan semangat kesatuan yang padu dan luar biasa.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sdri. Siti Haryati Kamal, bersama Sdr. Ravi Mohan, Ahli Jawatankuasa Kerja.

Pendirian Tegas Ahli NUBE

 

Hasil perbincangan telah menetapkan pendirian bersama terhadap beberapa isu kritikal:

TIDAK menyertai NPS

Mengutamakan sepenuhnya sekuriti pekerjaan ahli

Menolak sebarang bentuk intimidasi dan penindasan melalui sistem e-Learning

 

Syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan cawangan yang telah dilantik:

Bro. Loganathan A/L Ramalingam – Pengerusi

Bro. Munir Bin Sidek – Timbalan Pengerusi

Sis. Harpreet Kaur a/p Gurdrail Singh – Setiausaha

Sis. Noor Azlinda Bt Ismail – AJK

NUBE akan terus konsisten dan berprinsip dalam mempertahankan hak, maruah dan kebajikan pekerja perbankan.

Sentuh Satu, Sentuh Semua!

#NUBE #CIMBSungaiPetani #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #SekuritiPekerjaan #TolakIntimidasi #UnionStrong #WorkersUnity #AnInjuryToOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]