Lawatan-lawatan NUBE KT Perkukuh Solidariti Ahli
Lawatan NUBE KT menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti dalam kalangan ahli bagi menghadapi tekanan di tempat kerja. Kesatuan menegaskan bahawa tiada ahli berjuang bersendirian, dan NUBE kekal komited mempertahankan hak, maruah serta kebajikan pekerja daripada sebarang bentuk penindasan majikan.
Lawatan-lawatan ini disertai oleh Pengerusi Cawangan NUBE KT, Saudara Muhammad Eiw Bin Abdullah; Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi; Bendahari Cawangan, Saudara Shamsul Shahril Bin Awang; AJK Saudara Wan Mushafizi Bin Wan Mustapha, Saudari Mardiana Binti A. Rahim dan Saudari Siti Khadijah Binti Ya; serta Saudara Helmie Bin Ahmad (IR).
Pertemuan bersama ahli telah diadakan di CIMB HP Kota Bharu, Bank Islam Pasir Tumboh, Bank Islam Tunjung dan RHB Ketereh. Sesi dialog memberi fokus kepada pengukuhan solidariti serta penerangan isu-isu semasa di tempat kerja termasuk tekanan kerja, kebajikan pekerja dan hak-hak ahli.
NUBE KT menegaskan komitmen untuk terus menjadi benteng utama ahli. Dengan semangat kebersamaan yang kukuh, kesatuan akan memastikan kebajikan dan maruah ahli sentiasa dipelihara dan diperjuangkan secara kolektif.
#NUBE #NUBEKT #NUBEKelantanTerengganu #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #UnionStrong #WorkersUnity #StandTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now