13 Feb 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) CIMB BANK BATU MAUNG – NUBE PKP

9 Februari 2026 | Batu Maung, Pulau Pinang

Ahli-ahli NUBE PKP dari CIMB Bank Cawangan Batu Maung telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pelantikan IRC sesi 2026/2027. Mesyuarat ini dihadiri oleh Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Sonia, bersama AJK Kerja Sdra Alvin dan Sdra Arujunan yang mewakili NUBE PKP.

Mesyuarat turut membincangkan isu Pertikaian Perjanjian Kolektif (CA) yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Perusahaan. Ahli-ahli diingatkan untuk terus menghormati dan memelihara CA sebagai perjanjian sah dan adil yang menjamin suasana kerja harmoni serta produktif.

Sesi ini juga membuka ruang kepada ahli dan pimpinan untuk berkongsi pandangan mengenai ilmu kesatuan, khidmat nasihat serta maklumat terkini berkaitan pekerjaan dan perjuangan kesatuan.

NUBE PKP merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli CIMB Bank Batu Maung atas sokongan yang berterusan. Syabas dan tahniah kepada IRC yang dilantik bagi sesi 2026/2027.

#NUBE #NUBEPKP #CIMBBatuMaung #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjanjianKolektif #UnionStrong #WorkersUnity #StandTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]