SOLIDARITI DALAM DOA – SOLAT HAJAT NUBE SMJ
Syukur Alhamdulillah, Solat Hajat anjuran NUBE SMJ yang diadakan pada 21.02.2026 jam 2.00 petang di Surau Al-Rayyan, Taman Jaya Putra, Johor Bahru telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.
Lebih daripada 50 orang ahli NUBE dari seluruh Johor hadir, bersatu hati menunaikan Solat Hajat dengan penuh keikhlasan dan pengharapan.
Doa dipanjatkan agar:
- Bantuan Perayaan dapat diluluskan sebelum berakhirnya bulan Ramadan bagi meringankan beban ahli dalam membuat persiapan Hari Raya.
- Pelarasan gaji mencapai kata sepakat yang adil, saksama dan bermaruah demi kebajikan serta kesejahteraan semua ahli.
- Rundingan Collective Agreement (CA) ke-20 membuahkan hasil yang positif dan memberi manfaat menyeluruh kepada seluruh ahli.
Dalam keberkatan Ramadan yang mulia, kita yakin bahawa doa yang disertai usaha akan membuka jalan kebaikan.
Berbeza tempat, satu tekad.
Berbeza latar, satu perjuangan.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan keadilan ditegakkan demi seluruh ahli NUBE.
#SolidaritiDalamDoa #SolatHajat #NUBESMJ #CA20 #FA #DoaDanUsaha #KesatuanPekerja #Ramadan2026 #WorkersSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now