SOLIDARITI DALAM DOA – NUBE PERAK
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Solat Hajat NUBE Perak telah berlangsung pada Ahad, 22 Februari 2026, selepas solat Zohor di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh.
NUBE Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli NUBE serta para hadirin yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen untuk hadir bersama-sama bermunajat dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna. Ia melambangkan semangat kebersamaan, solidariti dan kekuatan kita dalam menghadapi cabaran rundingan CA-20 dan FA.
Dalam keberkatan Ramadan, kita berdoa agar segala urusan dipermudahkan, diberikan kekuatan dan ketabahan, serta kebenaran sentiasa berpihak kepada NUBE.
Doa disertai usaha.
Solidariti disertai keyakinan.
Semoga segala kebaikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
#SolidaritiDalamDoa #SolatHajat #NUBEPerak #CA20 #FA #DoaDanUsaha #KesatuanPekerja #Ramadan2026 #WorkersSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now