NUBE PERAK TURUN PADANG KE PUBLIC BANK JELAPANG
Pegawai NUBE Perak, Bro Thiagarajan, Bro Suresh dan Bro Mohd Ariff, telah mengadakan lawatan ke Public Bank Cawangan Jelapang bagi bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan ahli.
Pelbagai isu semasa telah dibincangkan termasuk kemas kini terkini mengenai Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA), isu e-Learning, pematuhan prosedur pengendalian tunai, serta kepentingan ahli mengikuti perkembangan melalui platform rasmi Facebook NUBE.
Ahli turut diingatkan supaya sentiasa berwaspada, berdisiplin dan mempertahankan integriti dalam menjalankan tugas.
Yang paling penting, ahli diseru untuk terus kekal bersolidariti dan bersatu hati.
Tiada ahli berjuang sendirian. Bersama kita kuat, bersatu kita teguh.
#NUBE #NUBEPerak #PublicBankJelapang #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjanjianKolektif #UnionStrong #WorkersUnity #StandTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now