SOLIDARITI DALAM DOA – SOLAT HAJAT NUBE PKP
Union House PKP, 27 Februari 2026. Dalam keberkatan Ramadan, NUBE Penang/Kedah/Perlis telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Majlis Berbuka Puasa sebagai tanda kesatuan hati dan tekad perjuangan.
Lebih 100 ahli hadir, bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi bersolidariti dan berdoa agar rundingan CA-20 dan FA dipermudah serta mencapai penyelesaian yang adil dan bermaruah.
Perjuangan kesatuan bukan hanya di meja rundingan. Ia amanah. Ia maruah. Ia tanggungjawab terhadap ribuan ahli yang meletakkan harapan kepada suara kolektif kita.
“Dalam doa kita bersatu, dalam usaha kita teguh.”
Kami mengangkat tangan memohon kekuatan, kebijaksanaan dan keadilan agar setiap langkah perjuangan dipermudah dan setiap pengorbanan tidak disia-siakan.
Semoga kesatuan ini terus berdiri gagah mempertahankan hak dan maruah pekerja.
One for all, all for one.
#SolidaritiDalamDoa #SolatHajat #MajlisBerbukaPuasa #NUBEPKP #CA20 #FA #DoaDanUsaha #KesatuanPekerja #WorkersSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now