MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI HSBC BANK QUEENSBAY, PENANG NUBE PKP
24 Feb 2026
HSBC Bank Queensbay, Pulau Pinang
Naib Pengerusi NUBE PKP, Sdra Zainul, Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Sonia, dan AJK Kerja, Sdra Alvin, telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) sesi 2026/2027.
Isu-isu penting termasuk Perjanjian Kolektif (CA), hak pekerja dan keselamatan pekerjaan telah dibincangkan dengan penuh serius dan tanggungjawab.
Ahli turut diingatkan agar terus memelihara solidariti bersama. “Solidariti ibarat sebuah rantai, jika satu mata rantai kuat maka keseluruhannya kuat, tetapi jika satu lemah ia boleh terputus.”
Syabas dan terima kasih kepada ahli NUBE PKP HSBC Queensbay atas komitmen yang ditunjukkan.
Semoga barisan IRC yang baharu dilantik dapat menjalankan amanah dengan berani, berintegriti dan penuh dedikasi.
#NUBE #NUBEPKP #HSBCQueensbay #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjanjianKolektif #UnionStrong #WorkersUnity #StandTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now