03 Mar 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI MAYBANK RAQM BUTTERWORTH TEGUH BERSAMA NUBE

Butterworth | 3 Mac 2026

Satu perjumpaan ahli telah diadakan bersama kepimpinan NUBE PKP iaitu Sdri Siti Haryati Kamal, Sis Nur Marjaan dan Bro Mohamed Ayup.

Dua isu utama telah dibangkitkan dan dibincangkan secara tegas:

Diskriminasi Ex-gratia

Ahli melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Maybank yang mendiskriminasi ahli yang mematuhi arahan NUBE dalam pemberian ex-gratia. Tindakan ini jelas satu bentuk penindasan yang tidak boleh diterima.

Pendirian Terhadap e-Learning

Ahli Raqm Butterworth memberikan komitmen penuh untuk terus berdiri teguh bersama NUBE dan berkata TIDAK kepada e-Learning sebagai tanda solidariti dan kesetiaan kepada arahan kesatuan.

Ahli-ahli Raqm Butterworth membuktikan bahawa semangat perjuangan mereka kekal kental demi mempertahankan maruah dan keadilan warga kerja perbankan.

Bersatu kita teguh. Sentuh satu, sentuh semua.

#NUBE #NUBEPKP #MaybankRaqm #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #TolakELearning #HentikanDiskriminasi #WorkersUnity #UnionStrong #StandTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]