04 Mar 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI AHLI MAYBANK DI BUTTERWORTH TEGUH BERSAMA NUBE

Butterworth | 2 Mac 2026

Ahli-ahli Maybank Bertam Kepala Batas, Maybank Islamic Limbungan Indah, AFC Limbungan Indah dan Maybank Seberang Jaya telah mengadakan sesi pertemuan bersama kepimpinan NUBE PKP iaitu Sis Nur Marjaan dan Bro Mohamed Ayup.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk ahli menyuarakan pandangan serta memperkukuh solidariti dalam mempertahankan hak dan maruah pekerja sektor perbankan.

Isu Diskriminasi Ex-Gratia

Ahli-ahli meluahkan kebimbangan terhadap tindakan majikan yang didakwa memberikan layanan berbeza kepada mereka yang mematuhi arahan kesatuan berkaitan ex-gratia. Tindakan sedemikian jelas mencabar prinsip keadilan dan kesaksamaan di tempat kerja.

Pendirian Tegas Terhadap e-Learning

Ahli-ahli di semua cawangan menegaskan komitmen untuk terus berdiri teguh bersama NUBE dan menyatakan pendirian jelas menolak pelaksanaan e-Learning sebagai tanda solidariti serta kepatuhan kepada keputusan kesatuan.

Pertemuan ini membuktikan bahawa ahli-ahli kekal bersatu, berdisiplin dan berprinsip dalam mempertahankan hak serta maruah pekerja perbankan.

Solidariti bukan sekadar kata-kata. Solidariti adalah tindakan bersama.

Bersatu kita teguh, sentuh satu sentuh semua.

#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #TolakELearning #HentikanDiskriminasi #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]