04 Mar 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN NUBE KT PERKUKUH SOLIDARITI AHLI DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu | 2 Mac 2026

Naib Pengerusi NUBE Kelantan Terengganu (KT), Sdr Ahmad Marzuki bin Mohd Nor, telah mengadakan lawatan ke beberapa cawangan bank di sekitar Kuala Terengganu termasuk Hong Leong Bank, Maybank dan UOB bagi bertemu serta berinteraksi secara langsung dengan ahli.

Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kesatuan dan ahli di peringkat akar umbi, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam sektor perbankan serta isu-isu berkaitan kebajikan dan hak pekerja.

Ahli-ahli menyambut baik kehadiran wakil kesatuan dan menzahirkan komitmen untuk terus bersatu, saling menyokong dan memperkukuh solidariti bersama NUBE dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Bersatu kita teguh, bersama kita mempertahankan hak dan maruah pekerja bank.

#NUBE #NUBEKT #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]