05 Mar 2026

BERITA NUBE

 

Laporan Lawatan Kerja NUBE PKP ke Public Bank Raja Uda

3 Mac 2026

Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati, bersama Sis Nur Marjaan dan Bro Mohamed Ayup telah mengadakan lawatan kerja ke Public Bank Raja Uda bagi bertemu dan menyantuni ahli.

Beberapa perkara penting telah dibincangkan:

Pemerkasaan OSHA & Keselamatan

Kepimpinan menegaskan hak ahli untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat. Penjelasan turut diberikan mengenai kewajipan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa OSH setiap tiga bulan dengan penglibatan dua wakil IRC sebagai suara pekerja.

Manfaat di bawah Articles Perjanjian

Ahli diberikan penerangan mengenai manfaat yang terkandung dalam articles perjanjian supaya semua ahli lebih memahami hak mereka sebagai pekerja bank.

Disiplin & Kehadiran

Ahli diingatkan agar sentiasa menjaga rekod kehadiran dan mengelakkan isu kelewatan (tardiness) bagi mengekalkan profesionalisme serta imej cemerlang ahli NUBE.

NUBE PKP kekal komited memastikan kebajikan, keselamatan dan hak ahli sentiasa dipelihara.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiNUBE #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #KesatuanKuat #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]