RM1,800?
Adakah itu nilai yang diletakkan terhadap sumbangan 15,000 pekerja bank?
Selepas lebih dua tahun kelewatan dan pertikaian undang-undang, isu Bantuan Perayaan akhirnya kembali ke meja rundingan susulan keputusan Mahkamah Tinggi.
Namun apabila perkara ini dibincangkan, mandat yang dibawa ke meja rundingan untuk pekerja hanyalah RM1,800.
RM1,800.
Untuk 15,000 pekerja bank B40 dan M40 yang memastikan operasi bank berjalan setiap hari.
Untuk keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya yang semakin hampir.
Apa yang lebih sukar difahami ialah ini.
Banyak bank yang sama beroperasi di Indonesia sudah membayar Bantuan Perayaan sebulan gaji, dikenali sebagai Tunjangan Hari Raya (THR), kepada pekerja dari CEO hingga ke peringkat pekerja.
Jadi persoalannya bukan soal kemampuan.
Tetapi soal nilai.
Apakah nilai yang diletakkan terhadap sumbangan pekerja yang menggerakkan sistem perbankan setiap hari?
NUBE akan terus membawa perkara ini kepada ABM, Bank Negara Malaysia dan PMX bagi memastikan keadilan untuk ahli-ahli kami.
Perjuangan diteruskan.
One for all, all for one.
#RM1800 #BantuanPerayaan #FA #CA20 #PekerjaBank #KeadilanUntukPekerja #HormatiPekerja #WorkersJustice #FairFestivalAid #CollectiveBargaining #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now