08 Mar 2026

BERITA NUBE

 

PERJUMPAAN KHAS AHLI NUBE SMJ DI PEJABAT NUBE JOHOR BAHRU

Ahli-ahli NUBE SMJ dari RHB Bank telah hadir ke Pejabat NUBE Johor Bahru untuk satu perjumpaan khas bersama Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ bagi membincangkan permasalahan yang berkaitan dengan pekerjaan.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Setiausaha Cawangan NUBE SMJ, Sdr Michael, bersama beberapa Ahli Jawatankuasa NUBE di Johor Bahru. Dalam sesi tersebut, pihak kesatuan telah memberikan penerangan mengenai langkah serta tindakan yang boleh diambil oleh ahli yang terlibat dalam menangani isu di tempat kerja.

Ahli-ahli turut diberikan maklumat mengenai perkembangan dan situasi terkini melibatkan NUBE, agar mereka sentiasa peka dan memahami perjuangan kesatuan.

NUBE kekal komited untuk memastikan kebajikan, hak dan maruah pekerja bank sentiasa dipelihara dan diperjuangkan. 

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]