0.16% Itulah sahaja yang diperlukan
Hanya 0.16% daripada keuntungan bank untuk membayar Bantuan Perayaan sebulan gaji kepada 15,000 pekerja bank B40 dan M40.
Ya, hanya 0.16%.
Industri perbankan mencatat keuntungan lebih RM38 bilion pada 2023, RM39 bilion pada 2024, dan melebihi RM40 bilion pada 2025.
Tetapi apabila perkara ini dibincangkan, mandat yang dibawa ke meja rundingan untuk pekerja hanyalah RM1800.
Jadi persoalannya bukan soal kemampuan.
Persoalannya ialah keutamaan.
Apa yang lebih penting bagi CEO bank?
Maruah pekerja yang memastikan sistem perbankan terus berjalan setiap hari
atau melindungi setiap sen keuntungan korporat?
Hari Raya semakin hampir, ribuan pekerja bank sedang membuat persiapan untuk keluarga mereka sambil menunggu keputusan yang adil mengenai Bantuan Perayaan. Perbelanjaan meningkat dan perancangan keluarga sedang dibuat, namun keadilan terus ditangguhkan. Pekerja bank tidak meminta sedekah. Kami hanya menuntut keadilan.
Apabila keadilan dinafikan walaupun keuntungan bank terus meningkat, hakikatnya menjadi jelas. Ini bukan lagi soal angka. Ini soal ketamakan korporat. NUBE akan terus berdiri teguh mempertahankan hak dan maruah ahli-ahli kami.
One for all, all for one.
#016Peratus #BantuanPerayaan #FA #CA20 #PekerjaBank #KeadilanUntukPekerja #PMX #BankUntungPekerjaMenunggu #CorporateGreed #WorkersJustice #FairFestivalAid #CollectiveBargaining #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now