11 Mar 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP KE AFFIN BANK MACALISTER ROAD

Georgetown, Pulau Pinang

Naib Pengerusi NUBE PKP Sdra Zainul, Bendahari Kehormat Sdri Sonia, dan AJK Cawangan Sdra Arujunan telah mengadakan lawatan kerja ke Affin Bank Cawangan Macalister Road bagi bertemu serta berinteraksi dengan ahli.

Semasa lawatan tersebut, wakil NUBE PKP turut menyemarakkan semangat kesatuan dan solidariti dalam kalangan ahli.

Ahli-ahli juga diseru untuk tampil lebih ke hadapan dengan melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti kesatuan. Kekuatan kesatuan bukan pada nama, tetapi pada penglibatan aktif setiap ahli.

Penglibatan ahli adalah nadi kepada kelestarian perjuangan kesatuan dan akan terus memupuk semangat solidariti dalam menghadapi cabaran industri perbankan masa kini.

“Seorang individu mungkin hebat, tetapi sebuah kesatuan yang bersatu padu adalah mustahil untuk dikalahkan.”

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]