11 Mar 2026

BERITA NUBE

 

Pelanggan Terpaksa Beratur Berjam-jam Di Bank

Menjelang Aidilfitri, ramai rakyat Malaysia mengunjungi bank untuk mendapatkan wang kertas baharu bagi #duitRaya, satu tradisi perayaan yang amat dihargai. Di banyak bank, keadaan ini telah menyebabkan pelanggan terpaksa beratur selama berjam-jam, malah ada yang berdiri lebih daripada empat (4) jam hanya untuk dilayan.

NUBE ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan bank, yang majoritinya merupakan ahli NUBE, yang bekerja tanpa mengenal penat di bawah tekanan yang tinggi untuk melayani orang ramai. Walaupun berdepan dengan jumlah pelanggan yang sangat ramai, ramai kakitangan terus melakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan, kadangkala tanpa peluang untuk mengambil rehat yang sepatutnya, lebih-lebih lagi ketika sedang berpuasa.

Kami juga berterima kasih kepada kebanyakan pelanggan yang memahami tekanan yang dihadapi oleh ahli NUBE akibat masa menunggu yang panjang dan telah bersabar. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelanggan yang terpaksa beratur lama di dalam dan di luar bank, di tangga malah ada yang duduk di atas lantai, menunggu berjam-jam tanpa tempat duduk yang mencukupi atau pengurusan giliran yang teratur telah secara tidak adil melepaskan kemarahan mereka kepada kakitangan barisan hadapan sehingga membawa kemarahan tersebut ke media sosial, sehingga menyebabkan seorang kakitangan yang dilaporkan telah digantung kerja oleh sebuah bank, atas keadaan yang sama sekali di luar kawalannya.

Seruan kepada pelanggan bank: Kakitangan yang anda lihat di kaunter tidak mencipta masalah ini. Mereka dipaksa untuk menguruskannya.

NUBE memahami kekecewaan pelanggan yang terpaksa beratur berjam-jam. Namun begitu, keadaan ini adalah hasil langsung daripada perancangan yang lemah oleh bank serta masalah kekurangan kakitangan yang kronik di bank-bank.

Selama bertahun-tahun, NUBE telah memberi amaran bahawa tindakan bank yang berterusan mengurangkan kakitangan dalam usaha mengejar keuntungan yang semakin tinggi akan menyebabkan kesukaran kepada pelanggan dan orang ramai di Malaysia yang sebenarnya menjana keuntungan bank melalui deposit dan kepercayaan mereka.

Jika anda memasuki banyak cawangan bank hari ini, anda akan melihat realitinya. Daripada enam kaunter, hanya satu atau dua sahaja yang beroperasi. Namun apabila orang ramai datang dalam jumlah besar pada musim perayaan seperti ini, bank-bank yang sama mengharapkan segelintir pekerja barisan hadapan untuk menguruskan lonjakan pelanggan tersebut.

Keadaan ini bukan sesuatu yang tidak dijangka. Setiap tahun permintaan untuk wang kertas baharu meningkat apabila Aidilfitri semakin hampir. Kegagalan untuk membuat persediaan ini terletak sepenuhnya pada pihak pengurusan bank, para CEO serta lembaga pengarah mereka yang memilih keuntungan berbanding perkhidmatan yang sewajarnya kepada orang ramai.

NUBE mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada semua pelanggan bank dan dengan rendah hati menyeru orang ramai supaya tidak melepaskan kemarahan mereka kepada pekerja barisan hadapan yang sedang berusaha sedaya upaya di bawah keadaan yang sangat mencabar walaupun mereka sendiri dieksploitasi oleh pihak bank.

NUBE menyanjung ketabahan, profesionalisme dan dedikasi ahli-ahlinya yang terus berkhidmat kepada orang ramai di tengah-tengah cabaran ini.

#BeraturBerjamJam #DuitRaya #PekerjaBank #SolidaritiPekerja #HormatiFrontliners #BankingReality #SupportBankWorkers #BankQueues #MalaysiaBanking #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]