14 Mar 2026

BERITA NUBE

 

Majlis Iftar NUBE KLSP

Semalam, NUBE KLSP telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Kelab Diraja Klang, Jalan Istana Klang. Kira-kira 80 orang ahli NUBE hadir untuk bersama-sama mengeratkan ukhuwah dan semangat solidariti sesama kita.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran 26 orang anak-anak yatim dan anak-anak asnaf tegar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang. Rata-rata anak-anak yang hadir berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Kehadiran mereka diiringi oleh guru-guru sekolah yang diketuai oleh Ustazah Rabitah, wakil Biro Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf sekolah.

Momen berbuka puasa ini bukan sekadar menikmati juadah bersama, tetapi juga mengingatkan kita tentang nilai kebersamaan, kepedulian dan solidariti dalam masyarakat.

NUBE sentiasa percaya bahawa kekuatan kesatuan bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.

#MajlisIftarNUBE #NUBEKLSP #RamadanBersama #SantuniAnakYatim #SolidaritiPekerja #KesatuanKita #CommunityCare #RamadanSpirit #UnionSolidarity #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]