Majlis Iftar NUBE KLSP di Temerloh
Semalam, 14 Mac, ahli-ahli NUBE KLSP telah berkumpul di Temerloh, Pahang bagi menghadiri Majlis Iftar yang diadakan di Shah Patin Tempoyak Temerloh.
Seramai 151 orang ahli NUBE hadir memeriahkan majlis ini, sekali gus mengeratkan lagi semangat perpaduan dan solidariti sesama ahli kesatuan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Temerloh, YB Hakah Salamiah Binti Mohd Nor, yang meluangkan masa bersama ahli-ahli dalam suasana penuh kemesraan.
Detik seperti ini mengingatkan kita bahawa NUBE bukan sekadar sebuah kesatuan di tempat kerja, tetapi sebuah keluarga besar yang sentiasa bersatu, saling menyokong dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli.
Solidariti adalah kekuatan kita. Bersama kita terus melangkah ke hadapan.
#MajlisIftarNUBE #NUBEKLSP #Temerloh #RamadanBersama #SolidaritiPekerja #KesatuanKita #BersatuKitaKuat #UnionSolidarity #WorkersUnity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now