Saya sentiasa Bersama pekerja???
Selama lebih 2 tahun, 15,000 ahli NUBE telah menderita — dan masih terus menderita akibat tindakannya.
- Dinafikan Bantuan Perayaan 1 bulan sejak 2024
- Perjanjian Kolektif dilengah-lengahkan
- Suara pekerja diabaikan
Mahkamah Tinggi telah menemui bukti berat sebelah.
Surat tidak dijawab. Protes tidak diendahkan.
Pekerja terpaksa ambil cuti sendiri dan duduk di lantai mahkamah Perusahaan — sementara bank dilindungi.
Besok hari sebelum Hari Raya, pekerja masih dinafikan hak yang dijanjikan pada 2023.
Tiada penyesalan daripada pihak bank.
Tiada akauntabiliti daripada bekas Menteri — penipuan demi penipuan…
PMX tidak boleh menutup mata terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membuktikan berat sebelah oleh Menteri Kabinetnya terhadap pekerja.
Najib Razak disabitkan kesalahan — beliau dipenjarakan.
Shamsul Iskandar Mohd Akin — tindakannya dilaporkan, beliau meletak jawatan.
Steven Sim Chee Keong — tindakannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, namun masih kekal sebagai Menteri.
Di mana konsistensi?
17 CEO bank bertindak dengan pengetahuan.
Di mana integriti? Di mana akauntabiliti?
Ini bukan sekadar salah laku — ini adalah komplot korporat.
ADAKAH ini yang dimaksudkan “berpihak kepada pekerja”?
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now