Malam Menjelang Aidilfitri, Kita Tetap Bersama
Malam ini mungkin malam terakhir Ramadan. Malam penuh makna, penuh harapan. Namun kita tahu, di hati ramai pekerja bank, masih ada rasa kecewa kerana Festival Aid yang dijanjikan masih belum ditunaikan.
Tetapi saudara dan saudari, perjuangan kita tidak terhenti di sini. Apa yang kita hadapi hari ini bukan penamat. Ini hanyalah satu fasa dalam perjalanan panjang kita menuntut keadilan.
Ambillah masa ini untuk bersama keluarga, tenangkan hati, dan sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Kita telah berjuang dengan bermaruah. Dan selepas Raya, kita akan kembali lebih kuat, lebih bersatu, dan lebih bertekad.
Perjuangan ini belum selesai.
Dan kita tidak akan berhenti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli NUBE. Maaf zahir dan batin.
One for all, all for one.
#SelamatHariRaya #Aidilfitri2026 #SuaraPekerja #PerjuanganDiteruskan #SolidaritiPekerja #KeadilanUntukPekerja #WorkersSolidarity #FightForJustice #NUBE #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now