LAWATAN KERJA NUBE PKP KE CIMB DAN RHB SG. BAKAP
Setiausaha Kehormat Sdri Siti Haryati, bersama AJK Cawangan Sdra Karthigasan dan Sdra Arujunan, telah mengadakan lawatan kerja ke Sg Bakap bagi bertemu dan berinteraksi dengan ahli.
Antara isu utama yang diketengahkan:
Disiplin & Ketepatan Masa
Ahli dinasihatkan untuk sentiasa menjaga ketepatan masa. Disiplin yang tinggi adalah benteng utama dalam menjamin sekuriti pekerjaan serta mengelakkan ruang tindakan oleh majikan.
Hak di bawah Perjanjian Kolektif (CA)
Ahli digesa untuk menggunakan dan menuntut hak yang termaktub dalam CA, termasuk elaun yang layak diterima. Pastikan hak anda sentiasa terpelihara.
Proses Perpindahan Kakitangan
Perpindahan perlu dilaksanakan secara adil, telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Tolak Intimidasi
Kesatuan menegaskan bahawa sebarang tindakan tidak profesional atau berbentuk intimidasi terhadap ahli tidak akan sesekali ditoleransi.
SATU HATI, SATU SUARA. HIDUP NUBE!
#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #TolakIntimidasi #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #ProtectWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now