Perjuangan Diteruskan, Lebih Tegas Dari Sebelumnya
Syawal membuka lembaran baru. Namun satu perkara tetap jelas… perjuangan pekerja bank belum selesai.
Isu Bantuan Perayaan (FA) masih belum diselesaikan. Hak yang sepatutnya telah lama ditunaikan, masih tertangguh tanpa akauntabiliti yang jelas.
Dalam masa yang sama, rundingan Perjanjian Kolektif (CA) terus berjalan. Di sinilah masa depan kebajikan dan hak pekerja ditentukan. Di sinilah komitmen sebenar terhadap keadilan akan diuji.
Pekerja telah bersuara. Pekerja telah menunggu. NUBE akan terus berdiri teguh memastikan hak pekerja tidak dipinggirkan.
Perjuangan ini bukan hanya untuk hari ini.
Ini soal maruah, keadilan, dan masa depan pekerja bank.
Kita tidak akan berundur.
Kita tidak akan berdiam.
Kepada semua ahli, teruskan bersuara. Rakam dan kongsikan video anda. Tag PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, agar tuntutan keadilan ini terus dilihat dan didengar.
One for all, all for one.
#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #TolakIntimidasi #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #ProtectWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now