MAJLIS KONGSI RAYA NUBE PKP 2026
“Kita Bukan Sekadar Ahli, Kita Adalah Keluarga Dan Kita Tidak Akan Mengalah!” - Sdr Abdul Jamil Pengerusi Cawangan NUBE PKP
Union House PKP, 27 Mac 2026 - Dalam suasana penuh kemesraan dan perpaduan NUBE PKP telah berjaya menghimpunkan seramai 150 ahli dalam Majlis Kongsi Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 & Tahun Baru Cina 2026 yang bukan sekadar sambutan perayaan tetapi lambang kekuatan sebuah keluarga besar pekerja.
Aidilfitri dan Tahun Baru Cina diraikan bersama membuktikan bahawa walau berbeza latar belakang kita tetap bersatu di bawah satu panji perjuangan pekerja. Kesemua yang hadir berkumpul sebagai keluarga, berdiri sebagai satu suara dan yang pasti akan terus melangkah dengan satu matlamat.
Majlis ini menjadi bukti bahawa NUBE bukan sekadar kesatuan NUBE adalah keluarga yang tidak pernah meninggalkan ahlinya.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah makanan yang menggamit selera mencerminkan kepelbagaian budaya dalam NUBE.
Tidak ketinggalan langit malam turut disinari dengan bunga api dan mercun menambahkan lagi kemeriahan serta mencipta detik indah yang sukar dilupakan bersama keluarga besar NUBE.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Cawangan Sdri Siti Haryati Kamal yang menzahirkan rasa syukur atas kehadiran ahli-ahli yang begitu memberangsangkan.
Beliau menegaskan bahawa majlis seperti ini bukan sekadar sambutan perayaan, tetapi menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Ucaptama majlis dari Pengerusi Cawangan Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen membakar semangat ahli. Beliau menegaskan bahawa perjuangan ini bukan mudah tetapi selagi ahli kekal bersatu tiada kuasa yang mampu melemahkan kesatuan ini.
“Jangan sesekali kita berundur. Hak kita bukan untuk dipohon tetapi untuk diperjuangkan. Selagi kita bersatu, selagi itu kita kuat!”
Semangat ini disambut dengan penuh tekad oleh para ahli yang hadir menandakan bahawa api perjuangan dalam NUBE terus menyala dan tidak akan padam.
Kehadiran ahli bersama keluarga serta kemeriahan cabutan bertuah menambahkan lagi seri majlis namun yang lebih penting ikatan kekeluargaan dan semangat perjuangan semakin kukuh.
Bersatu kita kuat
Berpecah kita lemah
Berjuang kita menang
NUBE akan terus mara ke hadapan bukan dengan kata-kata tetapi dengan tindakan dan keberanian.
Selamat Tahun Baru Cina 2026 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiNUBE #KesatuanKuat #KeluargaNUBE #BersatuKitaTeguh #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #SolidarityForever #OneFamilyOneFight
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now