06 Apr 2026

BERITA NUBE

 

Hak Ini Bukan Pilihan di Bawah ILO Konvensyen 98

Apabila Malaysia meratifikasi International Labour Organization Konvensyen 98, ia bukan sekadar persetujuan secara prinsip. Ia adalah komitmen untuk melindungi hak asas pekerja.

Konvensyen 98 jelas.

Pekerja mempunyai hak untuk berorganisasi, menubuh dan menyertai kesatuan sekerja secara bebas, serta menjalankan perundingan kolektif.

Dan yang lebih penting, hak-hak ini mesti dilindungi daripada campur tangan.

Tiada halangan.

Tiada manipulasi.

Tiada gangguan terhadap proses.

Perundingan kolektif bukan untuk dikawal. Ia mesti dihormati sebagai satu proses yang adil dan seimbang antara pekerja dan majikan.

Inilah standard yang Malaysia telah persetujui, dan ia mesti dilaksanakan dalam undang-undang dan amalan. Tetapi apa jadi apabila perlindungan ini mula lemah?

Apabila proses tergendala…

Apabila rundingan tidak bergerak ke hadapan…

Apabila pekerja merasakan suara mereka tidak lagi didengari…

Jika hak-hak ini dijamin di bawah Konvensyen 98…

Mengapa pekerja masih merasakan mereka disekat?

Dan apabila isu ini tidak lagi terhad dalam sistem kita sendiri, tetapi mula timbul di peringkat antarabangsa, ia menimbulkan persoalan yang lebih serius.

Apakah maknanya kepada Malaysia apabila isu berkaitan Konvensyen 98 mula dipersoalkan di peringkat global, dan tindakan di bawah bekas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong 沈志强 telah mengundang kritikan yang memalukan negara?

#HakPekerja #KesatuanSekerja #PerundinganKolektif #ILO98 #SuaraPekerja #KeadilanUntukPekerja #WorkersRights #TradeUnions #CollectiveBargaining #ILOConvention98 #VoiceOfWorkers #StandWithWorkers #OneForAllAllForOne #ILO

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]