13 Apr 2026

BERITA NUBE

 

LAPORAN LAWATAN KERJA NUBE PKP KE CAWANGAN SEKITAR BUKIT MERTAJAM

NUBE Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (PKP) telah melaksanakan siri lawatan kerja ke beberapa cawangan bank sekitar Bukit Mertajam.

Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati Kamal, bersama Ahli Jawatankuasa NUBE PKP, Bro Karthigasan, melibatkan kunjungan ke:

Maybank Taman Desa Damai

UOB Bukit Mertajam

CIMB Taman Desa Damai

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyantuni ahli di lapangan serta memberi suntikan semangat agar setiap ahli terus kental dalam menjalankan tugas harian. NUBE PKP komited memastikan tiada ahli yang terpinggir dalam perjuangan menuntut keadilan di tempat kerja.

Isu-Isu Berbangkit dan Hak Pekerja

Dalam pertemuan bersemuka, beberapa perkara kritikal telah dibincangkan:

Integriti dan Isu Kelewatan (Tardiness)

Penekanan diberikan bahawa isu kelewatan melibatkan integriti serta ketelusan dalam penilaian oleh pihak pengurusan. Hak pekerja untuk dinilai secara adil mesti dipertahankan.

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

Pemantauan terhadap pelaksanaan sistem bagi memastikan ia tidak menjadi beban yang menjejaskan produktiviti dan kesejahteraan emosi pekerja.

Mempertahankan Hak Ahli

NUBE PKP terus memastikan hak pekerja di bawah Perjanjian Kolektif dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

Solidariti Adalah Kekuatan Kita

Mesej kami jelas. Setiap isu ahli akan ditangani secara profesional dan tegas demi kepentingan bersama. Solidariti di peringkat akar umbi adalah kunci untuk mempertahankan integriti dan maruah pekerja perbankan.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]