MENGUPAYA PENYERTAAN AHLI DALAM AGENDA KESATUAN NUBE PKP
Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Sonia, bersama AJK Kerja, Sdra Alvin, telah mengadakan lawatan kerja ke MBSB Bank Bayan Baru, Pulau Pinang bagi bertemu dan berinteraksi dengan ahli.
Lawatan ini merupakan usaha proaktif untuk mendekati ahli di peringkat cawangan serta menggalakkan penglibatan aktif dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Ahli di MBSB Bayan Baru turut menyatakan kesediaan untuk menyertai latihan kepimpinan dan bengkel kemahiran yang disediakan oleh kesatuan sebagai langkah memperkukuh peranan mereka dalam perjuangan bersama.
Syabas kepada ahli yang terus menjadi penggerak aktif dalam setiap program. Kehadiran anda bukan sekadar memenuhi kerusi, tetapi simbol sokongan dan kekuatan kita bersama.
#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #PenglibatanAhli #HakPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #ActiveMembers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now