LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE SMJ DI RHB BANK KULAI
16 April 2026
Wakil NUBE SMJ Sdra Muhammad Faizal (BC), Sdra Mohd Faizal (WC), dan Sdri Ler Horng Yen (WC) telah mengadakan lawatan kerja serta Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) sesi 2026/2027.
Dalam sesi tersebut, ahli-ahli telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan tempat kerja yang sedang dihadapi. Melalui perbincangan yang konstruktif, pihak AJK telah memberikan panduan serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaian bagi menangani isu-isu tersebut.
Sdra Faizal turut menekankan perkara penting berkaitan Bantuan Perayaan (FA) dan Perjanjian Kolektif (CA), serta menyeru ahli agar terus bersabar, kekal teguh dan tidak berputus asa dalam meneruskan perjuangan bersama NUBE.
Di akhir pertemuan, ahli-ahli merakamkan penghargaan kepada NUBE atas komitmen berterusan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
Seorang untuk semua, semua untuk seorang. Hidup NUBE!
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now