SESI BERSAMA AHLI-AHLI NUBE DI PUBLIC BANK PANDAN INDAH
17 April 2026 - Sesi bersama ahli di Public Bank Pandan Indah dihadiri oleh Ketua Zon Sdra Mohd Rahmat bersama AJK NUBE KLSP Sdra Mohd Fauzie.
Rahmat berkongsi berkenaan dengan perkembangan terkini Perjanjian Kolektif CA20 serta FA (Bantuan Perayaan), maklumat yang tepat dan terkini yang memberi kesan langsung ke atas kebajikan kita bersama.
Selain itu, isu-isu yang sedang melanda ahli di bank-bank lain turut dikongsikan sebagai panduan dan iktibar. Perkongsian ini penting agar kita menjadi lebih peka terhadap situasi semasa dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang cabaran di tempat kerja.
Dalam sesi soal jawab, para ahli mengemukakan pelbagai soalan yang sedang mereka berdepan dengan. Setiap persoalan diberi perhatian penuh dengan pencerahan wajar bagi membantu ahli memahami cara terbaik untuk menangani isu-isu berbangkit ini.
Kedua-dua AJK juga menekankan kepentingan disiplin dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas, sejajar dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh NUBE. Disiplin yang baik adalah asas tanggungjawab kita sebagai pekerja dan memberi pentas perjuangan hak yang sihat.
NUBE terus komited dalam memastikan kebajikan ahli sentiasa terpelihara serta mewujudkan persekitaran kerja yang adil, kondusif, selamat dan harmoni bagi semua.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now