20 Apr 2026

BERITA NUBE

 

Dah Ditegur… Tapi Masih Sama

Malaysia telah dinilai di pentas antarabangsa di bawah Konvensyen ILO 98 semasa Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC 113) pada Jun 2025.

Dalam penilaian tersebut, Jawatankuasa Aplikasi Standard (CAS) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan dengan jelas bahawa masih wujud jurang dalam perlindungan terhadap diskriminasi kesatuan, proses pengiktirafan yang panjang, serta kegagalan untuk membangunkan rundingan kolektif secara menyeluruh.

Kerajaan Malaysia turut digesa mengambil langkah yang berkesan dan berjangka masa untuk memperbaiki keadaan ini.

Namun pada Februari 2026, laporan terkini oleh Jawatankuasa Pakar ILO (CEACR) sekali lagi mengulangi kebimbangan yang sama. Isu yang sama. Jurang yang sama.

Dari Jun 2025 ke Februari 2026… teguran sudah diberi. Masa sudah berlalu Tetapi masalah yang sama masih berulang.

Ini bukan isu baru. Ini isu yang telah ditegur dan diulang di peringkat antarabangsa.

Dan apa yang kita alami dalam isu CA20 dan FA hari ini… mencerminkan realiti yang sama.

Jadi persoalannya… kenapa sistem di Malaysia masih gagal melindungi hak pekerja?

#DahDitegurMasihSama #HakPekerja #KesatuanKuat #RundinganKolektif #CA20 #FA #MADANI #WorkersRights #CollectiveBargaining #UnionStrong #ILO98 #OneForAllAllForOne #ILO Anwar Ibrahim International Labour Organization

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]