LAWATAN KERJA NUBE PERAK KE PBB CAWANGAN BERCHAM
NUBE Perak diketuai oleh Sdr Thiagu, Sdr Fakharuddin, Sdr Ariff juga Sdri Rosliza telah mengadakan mesyuarat bersama ahli di PBB Cawangan Bercham. Kedatangan pegawai kesatuan NUBE disambut baik oleh ahli-ahli cawangan tersebut. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah termasuk isu-isu berkaitan kebajikan dan hak ditempat kerja. Pegawai NUBE juga menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti ahli bersama NUBE.
Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan cawangan Perak untuk memastikan hak ahli sentiasa dilindungi dan pelaksanaan dasar majikan selaras dengan Perjanjian Bersama MCBA/NUBE.
Perbincangan juga tertumpu kepada isu-isu semasa di tempat kerja serta perkara yang dibangkitkan oleh ahli. Sdr Thiagu menegaskan komitmen NUBE untuk terus bersikap proaktif dalam menyuarakan kebimbangan ahli serta memastikan setiap isu ditangani secara adil, telus dan berlandaskan prinsip perhubungan perusahaan yang baik.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan NUBE dalam memperkukuhkan hubungan erat di kalangan ahli di semua peringkat. Ahli-ahli di PBB Bercham telah sebulat suara menyatakan sokongan padu serta pendirian teguh mereka terhadap perjuangan NUBE.
#NUBE #NUBEPerak #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now