22 Apr 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KE AFFIN & AFFIN ARC JELUTONG

Satu lawatan kerja telah diadakan ke Affin Bank dan Affin AFC Jelutong bagi meninjau kebajikan ahli serta memastikan persekitaran kerja yang harmoni.

Lawatan ini dihadiri oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sis Siti Haryati, bersama barisan Ahli Jawatankuasa Kerja iaitu Bro Arujunan, Bro Mohamed Ayup dan Sis Nur Marjaan.

Kehadiran kepimpinan ini bertujuan untuk menyantuni ahli di lapangan serta memastikan hak pekerja sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan.

Dalam sesi perjumpaan, beberapa isu utama telah dibangkitkan, termasuk aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) bagi menjamin persekitaran kerja yang selamat, serta tuntutan hak pekerja seperti yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif (CA). Aspek pematuhan (compliance) turut diberi penekanan bagi memastikan setiap prosedur dilaksanakan secara telus.

Lawatan ini membuktikan komitmen berterusan NUBE untuk sentiasa berdiri teguh bersama ahli dalam memastikan keadilan, keselamatan dan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KeselamatanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkplaceSafety #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]