Ini Bukan Kali Pertama… Ini Kegagalan Berulang
Pada Februari 2026, laporan Jawatankuasa Pakar ILO (CEACR) mendedahkan bahawa masalah dalam sistem perburuhan Malaysia masih berulang.
Antara yang dinyatakan:
- Perlindungan terhadap diskriminasi kesatuan masih tidak mencukupi
- Pekerja tidak mempunyai akses terus kepada keadilan dalam kes tertentu
- Proses pengiktirafan kesatuan terus berlarutan dan menjadi halangan
- Kelewatan melampau, termasuk kes yang mengambil masa bertahun-tahun
Lebih membimbangkan, laporan tersebut turut menyatakan bahawa maklumat penting masih tidak diberikan, termasuk jumlah kes sebenar, hasil keputusan dan tempoh penyelesaian.
Ini bukan sekadar kelemahan pentadbiran. Ini persoalan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Teguran ini bukan baru. Ia telah dibuat pada Jun 2025. Pada Februari 2026, ia diulang semula.
Apa yang berlaku kepada pekerja hari ini membuktikan perkara ini.
Dalam isu CA20 dan FA, rundingan dipintas Proses dilengah-lengahkan Hak pekerja diketepikan.
Pekerja B40 dan M40 yang paling terkesan Bila sistem gagal, bila kesatuan dilemahkan, bila rundingan tidak dihormati… pekerja hilang suara.
Ini bukan kegagalan sekali. Bukan dua kali. Bukan tiga kali. Ini kegagalan berulang.
Dan lebih membimbangkan, ia berlaku di bawah pentadbiran kerajaan MADANI yang mendakwa memperjuangkan rakyat, tetapi tindakan yang dilihat tidak mencerminkan komitmen terhadap hak pekerja.
Ini bukan kebetulan. Ini corak.
#KegagalanBerulang #HakPekerja #KesatuanKuat #RundinganKolektif #CA20 #FA #B40M40 #MADANI #WorkersRights #CollectiveBargaining #UnionStrong #ILO98 #OneForAllAllForOne #ILO International Labour Organization Anwar Ibrahim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now