LAWATAN RASMI NUBE SMJ KE MAYBANK PONTIAN
Maybank Pontian
22 April 2026
NUBE Wilayah Selatan (SMJ) meneruskan gerak kerja lapangan dengan mengadakan lawatan rasmi ke Maybank Pontian bagi memperkukuh hubungan industri serta memastikan suara dan kebajikan pekerja sentiasa diberi perhatian. Lawatan ini diadakan atas jemputan IRC dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Zainal Abidin.
Satu pertemuan rasmi telah diadakan bersama pihak pengurusan Maybank Pontian dalam suasana yang terbuka dan profesional.
Delegasi NUBE SMJ telah diketuai oleh Bro Norsyahril Kamarudin (AJK Cawangan Maybank), bersama:
- Bro Mohd Zameer Ma’arof (AJK Zon Pontian / AJK Kerja)
- Bro Shariffudin Hassan (AJK Cawangan)
- Bro Mohd Hafidh Hamzah (AJK Cawangan)
Pelbagai isu semasa telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif, merangkumi aspek kebajikan pekerja, persekitaran kerja serta operasi di tempat kerja.
Sesi dialog berjalan dengan baik dan mencapai hasil positif apabila IRC Maybank Pontian, Sdr Zainal Abidin, bersama AJK NUBE SMJ berjaya menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli serta isu berkaitan tempat kerja.
Selepas mesyuarat rasmi, pasukan NUBE SMJ turut mengambil kesempatan untuk bertemu dan berinteraksi dengan ahli-ahli lain di lapangan, sekali gus mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan sesama ahli.
NUBE — Tegas, Konsisten, Berprinsip.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #IndustrialRelations #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now