23 Apr 2026

BERITA NUBE

 

Apa Sepatutnya Berlaku… Berbanding Apa Yang Sedang Berlaku

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen ILO 98. Ia telah diluluskan di Parlimen. Ini bukan sekadar janji. Ini komitmen rasmi negara.

Konvensyen ini jelas. Peranan kerajaan bukan berkecuali. Peranan kerajaan adalah untuk melindungi kesatuan, memastikan proses yang adil, dan memudahcara rundingan kolektif.

Sepatutnya:

  • Kesatuan dilindungi daripada diskriminasi
  • Proses pengiktirafan berjalan dengan adil dan cepat
  • Rundingan kolektif diperkukuh, bukan dilemahkan
  • Dialog sosial dihormati, bukan dipintas

Tetapi apa yang sedang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Diskriminasi kesatuan masih berlaku.

Rundingan kolektif tidak diperkasa.

Dalam isu CA20 dan FA, realitinya lebih jelas. Rundingan dipintas Proses dilengah-lengahkan Hak pekerja diketepikan.

Ini bukan persepsi. Ini realiti yang telah dibangkitkan di peringkat antarabangsa dan kini dirasai sendiri oleh pekerja.

Apabila kerajaan gagal melindungi kesatuan dan tidak memudahcara rundingan, pekerja hilang suara.

Ini bukan kegagalan sistem semata-mata. Ini kegagalan untuk melaksanakan komitmen yang telah dibuat.

Kalau apa yang sepatutnya sudah jelas… kenapa apa yang berlaku masih berbeza?

#ApaSepatutnyaBerlaku #RealitiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #RundinganKolektif #CA20 #FA #WorkersRights #CollectiveBargaining #UnionStrong #ILO98 #OneForAllAllForOne #ILO Anwar Ibrahim International Labour Organization

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]