ILO Akan Turun ke Malaysia. Kenapa Sampai Tahap Ini?
Selama ini, isu hak pekerja di Malaysia telah dibangkitkan di peringkat antarabangsa Teguran telah dibuat Laporan telah dikeluarkan.
Kini, ia melangkah ke peringkat yang lebih serius.
Dari 27 hingga 29 April 2026, satu Technical Advisory Mission (TAM) ILO akan berada di Malaysia untuk melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan.
Ini bukan lawatan biasa Ini bukan sekadar laporan di atas kertas Ini pemerhatian secara langsung.
Apabila ILO menghantar TAM, ia membawa satu mesej yang jelas Isu yang dibangkitkan sebelum ini masih belum diselesaikan.
Jun 2025, kebimbangan telah dinyatakan. Februari 2026, isu yang sama diulang. Kini April 2026, dunia akan datang untuk melihat sendiri.
Persoalannya mudah Kenapa sampai ke tahap ini?
Apa yang kita alami dalam isu CA20 dan FA bukan sesuatu yang terpencil Ia kini menjadi perhatian antarabangsa.
Apabila rundingan dipintas apabila kesatuan dilemahkan apabila komitmen tidak dilaksanakan… akhirnya bukan sahaja pekerja yang melihat Dunia juga mula memerhati.
Kini persoalannya bukan lagi apa yang berlaku
Persoalannya… apa yang akan dilakukan apabila dunia sedang memerhati?
#ILOTurunKeMalaysia #TAM2026 #HakPekerja #KesatuanKuat #RundinganKolektif #CA20 #FA #WorkersRights #CollectiveBargaining #UnionStrong #ILO98 #OneForAllAllForOne #ILO Anwar Ibrahim International Labour Organization
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now