Bila ILO Sampai… Siapa Akan Jawab?
Beberapa hari lagi, ILO akan berada di Malaysia melalui Technical Advisory Mission (TAM) dari 27 hingga 29 April 2026.
Ini bukan lawatan biasa Ini adalah penilaian terhadap realiti di lapangan.
Malaysia telah meratifikasi ILO Convention 98. Itu komitmen kepada dunia.
Tetapi apa yang berlaku kepada pekerja hari ini menceritakan kisah yang berbeza.
Dalam isu CA20 dan FA, kita melihat bagaimana rundingan dipintas, kesatuan dilemahkan, dan mekanisme dalaman diketepikan.
Ini bukan sekadar isu NUBE. Ini cerminan apa yang sedang berlaku dalam sistem hari ini.
Bekas Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong 沈志强, meninggalkan isu ini tanpa penyelesaian. Lebih membimbangkan, beliau terus menafikan sebarang salah laku walaupun Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang jelas.
Kini tanggungjawab itu tidak hilang. Ia jatuh kepada kerajaan hari ini.
Kerajaan MADANI tidak boleh lagi berdiam diri.
Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim juga tidak boleh terus membiarkan isu ini berlalu tanpa jawapan apabila hak pekerja kini menjadi perhatian antarabangsa.
Apabila ILO tiba melalui TAM, ini bukan lagi soal persepsi. Ini adalah penilaian di pentas dunia.
Bila ILO bertanya… siapa yang akan menjawab?
#ILOTurunKeMalaysia #TAM2026 #HakPekerja #KesatuanKuat #CA20 #FA #KESUMAGagal #WorkersRights #UnionStrong #CollectiveBargaining #ILO98 #OneForAllAllForOne #ILO International Labour Organization
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now