BILA HAK DILAMBATKAN, PEKERJA YANG MENANGGUNG
Bagi pekerja, ini bukan isu teknikal. Ini soal kehidupan harian.
Apabila Festival Aid (FA) diganggu ia bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah bantuan yang pekerja dan keluarga mereka harapkan.
Apabila CA20 ditangguhkan lebih dua tahun ia bukan sekadar rundingan yang lambat. Ia adalah masa depan pekerja yang turut tertangguh.
Kita tidak boleh lupa bagaimana keadaan ini berlaku.
Tindakan yang diambil ketika Steven Sim Chee Keong 沈志强 menjadi Menteri Sumber Manusia telah membawa kepada proses yang sepatutnya diselesaikan melalui rundingan menjadi berpanjangan dan terganggu.
Kesannya jelas.
Setiap hari kelewatan ada kesannya, dan setiap gangguan ada akibatnya. Dan akhirnya, yang menanggung bukan mereka yang membuat keputusan, tetapi pekerja.
Tetapi pekerja tidak berdiam.
Kita terus bersuara Kita terus bersatu Kerana kita tahu, hak yang dilambatkan adalah hak yang dinafikan.
Kerajaan #MADANI dan Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mesti bertindak Pulihkan proses. Pastikan hak pekerja tidak terus tertangguh.
Kerana pekerja tidak boleh terus menunggu.
Dan pekerja tidak akan berundur.
#BilaHakDilambatkan #PekerjaYangMenanggung #HakPekerja #KesatuanKuat #CA20 #FAIssue #PekerjaBersatu #WorkersPayThePrice #WorkersRights #UnionStrong #StandTogether #CollectiveBargaining #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now